Monday, June 13, 2011

Tekanan Tayar

Baru lepas tengok2 web sebab confused tekanan yang tertulis pada tayar dengan tekanan yang tertulis pada badan kereta. Setelah dibaca ada yang mengatakan kalau nak pam tayar just ikut tekanan yang ditulis pada badan kereta(kalau dah tak der boleh tengok kat user manual), tekanan yang tertulis pada tayar adalah utuk tekanan maksimum pada tayar. Tekanan pada tayar harus mengikut muatan (berat kenderaan berserta muatan) jika muatan penuh isi lebih dari biasa.Jika kurang tekanan pada tayar, kenderaan akan rasa berat. Jika terlebih tayar akan bergetar kuat. Tips, pam pada waktu sejuk(waktu malam or sebelum berjalan jauh) angin juga akan bertindak balas dengan haba sama seperti bendalir yang lain dan sila jaga tekanan pada tayar kerana jika terlebih atau terkurang tekanan, akan merosakan tayar dan memendekkan jangka hayat tayar. Tayar yang mempunyai tekanan yang sesuai juga dapat menjimatkan penggunaan petrol anda.

P/S: ini bukan nasihat pakar